>

Thursday, December 14, 2017

Zaid Ibrahim, Contoh Orang Melayu Yang Dipergunakan Oleh DAP



1) Diajar untuk bersikap biadap dan kurang ajar pada institusi raja Melayu. Bersikap biadap bukannya budaya orang Melayu.

2) Sesudah selesai melakukan sikap itu, DAP lepas tangan, tidak mahu ambil tanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, seorang ahli DAP. 

3) Zaid Ibrahim pula sehingga sekarang masih belum lagi mohon maaf secara terbuka terhadap Sultan Selangor atas sikap biadapnya itu. 

4) Secara tidak sedarnya, orang Melayu sudah diajar untuk bersikap biadap pada pemimpin dan juga pada insititusi raja. Tidak pasti, siapa lagi Melayu yang akan mengulangi sikap biadap semacam ini di masa hadapan. 

5) Jika Zaid Ibrahim tidak kena apa apa tindakan, maka sudah pasti akan berulang lagi sikap biadap seperti ini di masa hadapan. 

Wednesday, December 13, 2017

Baru Dua Penggal, Habis Tanah Kena Jual Dengan DAP


1) Baru perintah satu negeri, sudah habis tanah DAP jual dan gadai. 

2) Itu belum lagi menjadi Perdana Menteri yang diidamkan sangat oleh Kit Siang. 

3) Di Pulau Pinang, sampai jawatan Yang Dipertua Majlis Agama pun DAP hendak campur tangan. 

4) Kalau dapat Putrajaya, tidak tahulah jadi macam mana. 

5) PPBM, PKR dan PAN yang muka muka Melayu diletak di depan, yang pegang joran dibelakangnya adalah DAP

Tuesday, December 12, 2017

Sunday, December 10, 2017

Saturday, December 9, 2017

Thursday, December 7, 2017

Status Baitulmaqdis: Arab Saudi kutuk pengumuman Trump


Tulisan asal oleh:
BBC News, 7 Disember 2017

Arab Saudi telah mengutuk keputusan AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di tengah-tengah kritik antarabangsa yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Teluk itu berkata pengumuman Presiden Donald Trump adalah "tidak wajar dan tidak bertanggungjawab".

Tetapi PM Israel Benjamin Netanyahu mengangkatnya sebagai "hari bersejarah".

Langkah Presiden Trump membalikkan polisi Amerika Syarikat selama berdekad-dekad. Nasib Baitulmaqdis adalah salah satu isu yang paling sukar antara Israel dan Palestin.

Lapan dari 15 buah negara yang merupakan anggota semasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta badan itu mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan keputusan AS menjelang akhir minggu ini.

Kenapa ini penting?

Pengumuman Trump hari Rabu meletakkan AS bertentangan dengan pandangan masyarakat antarabangsa lain mengenai status Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin mendakwa Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara yang akan datang, dan menurut perjanjian keamanan Israel-Palestin pada tahun 1993, status akhirnya sepatutnya dibincangkan di peringkat akhir perundingan damai.

Kuasa Israel ke atas Baitulmaqdis tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan sehingga kini semua negara telah mengekalkan kedutaan mereka di Tel Aviv.

Terdapat tempat-tempat suci bagi tiga agama monoteistik utama di Baitulmaqdis - Judaisme, Islam dan Kristian.

Baitulmaqdis Timur, yang merangkumi Kota Lama, telah ditambah oleh Israel selepas Perang Enam Hari tahun 1967, tetapi tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Israel.

Apa yang dikatakan Trump?

Presiden AS berkata beliau telah "menghakimi tindakan ini untuk kepentingan Amerika Syarikat, dan mengejar keamanan antara Israel dan Palestin".

Beliau berkata beliau mengarahkan jabatan negeri AS untuk memulakan persiapan untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Walaupun amaran pergolakan wilayah terhadap sebarang langkah sedemikian, keputusan itu memenuhi janji kempen dan permintaan kepada sayap kanan Trump.

"Hari ini, saya menyampaikan," kata pemimpin AS.

Mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel "tidak lebih dari pengiktirafan realiti", tambahnya. "Ia juga adalah tindakan yang betul untuk dilakukan."

Trump berkata, AS masih menyokong penyelesaian dua negara terhadap konflik jangka lama Israel-Palestin, jika diluluskan oleh kedua-dua belah pihak, yang pada dasarnya akan melihat penciptaan negara Palestin yang merdeka yang hidup di samping Israel.

Apa pendapat Israel dan Palestin?

Sebagai tindak balas, Netanyahu berkata Israel sangat berterima kasih kepada Presiden Trump.

"Baitulmaqdis menjadi tumpuan kepada harapan kami, impian kami, doa kami selama tiga milenium," katanya.

Sementara itu, AS telah meminta Israel untuk mengawal tindak balasnya agar tidak keterlaluan terhadap pengumuman Trump kerana Washington menjangkakan tindak balas, lapor agensi berita Reuters memetik dokumen jabatan negara.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata bandar itu adalah "ibu negara Palestin buat selama-lamanya".

Beliau memanggil pengumuman Trump "memalukan", mengatakan bahawa AS tidak lagi menjadi broker keamanan.

Terdapat demonstrasi di Gaza menentang keputusan itu sebelum ia diumumkan sebagai tindak balas terhadap gesaan dari gerakan Hamas yang mengusai Gaza, media tempatan pro-Hamas melaporkan.

Hamas berkata keputusan Trump akan memberi kesan ke atas kepentingan AS di rantau ini.

Apa yang dikatakan oleh dunia lain?

Arab dan dunia Islam yang lebih luas - termasuk sekutu AS - mengecam pengumuman Trump:

Demonstrasi telah diadakan di luar konsulat AS di Istanbul, Turki.

"Langkah AS mewakili penurunan yang ketara dalam usaha untuk mendorong proses perdamaian dan merupakan pelanggaran kedudukan neutral Amerika di Baitulmaqdis," kata Mahkamah Arab Saudi itu.

PM Malaysia Najib Razak menyeru umat Islam di mana-mana sahaja untuk "menjelaskan bahawa kita sangat menentang" langkah AS itu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata ia adalah "saat yang membimbangkan". Beliau berkata "tidak ada alternatif kepada penyelesaian dua negara itu".

Dalam reaksi lain:

-   PM UK Theresa May berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan AS, yang "tidak membantu dari segi prospek perdamaian di rantau ini"
-   Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, kedua-duanya berkata negara mereka tidak menyokong langkah itu
-   Ketua diplomat EU, Federica Mogherini menyuarakan "kebimbangan serius"

Link asal artikel:
https://www.bbc.co.uk/news/amp/world-middle-east-42261000?__twitter_impression=true

Ramai Sudah Keluar PPBM, Berpusu Pusu Datang PWTC


Monday, December 4, 2017

BR1M, Tak Malu Sungguh DAP

Dulu bukan main lagi tentang BR1M. Cakap BR1M ini "cash is king" dan dedak. Sekarang ini cuba pula hendak menipu pengundi dengan dakwa BR1M ini adalah hasil kerja DAP. Cukup tidak malu sungguh DAP ini.

Saturday, December 2, 2017

Kalau Pembangkang Cakap Pasal Mansuh Tol, Jangan Percayalah

Ini buktinya pembangkang hipokrit. Mereka cakap dalam manifesto kata hendak hapuskan tol, tetapi hakikatnya bila mereka perintah, tidak ada satu tol pun yang dimansuhkan.

Yang dijanjikan untuk mansuh pun tidak mansuh. Oleh itu, jangan percayalah cakap pembangkang bila mereka buka mulut mengenai tol.

Friday, December 1, 2017

Thursday, November 30, 2017

RCI Forex Syor Siasatan Lanjut Kes Kehilangan RM31.5 Billion



Suruhanjaya siasatan mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian akibat daripada urus niaga forex pada tahun 1992, 1993 dan 1994. Jumlah kerugian untuk tiga tahun berkenaan adalah sebanyak RM31.5 bilion.

Berdasarkan fakta, Suruhanjaya siasatan syorkan agar satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) dan/atau penipuan (cheating) oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Wednesday, November 29, 2017

Jauh Beza Projek Kerajaan BN Dengan Projek Kerajaan DAP


RM400 Juta Untuk Subsidi Jemaah Haji


Tidak pernah berkurang kos subsidi haji yang diberi oleh kerajaan BN pusat ini. 

DAP Dengan Fitnah, Berpisah Tiada.


Tuesday, November 28, 2017

Adnan Zikri Ini Lebih Bijak Dari Syed Saddiq



Jauh lebih bijak dan hebat dari ketua armada parti bunga iaitu Syed Saddiq.  Diam diam sahaja dapat biasiswa untuk masuk Universiti Oxford. Tidak ada kecoh kecoh.

Ini pelajar contoh yang wajar dipanggil oleh KPT atas kapasiti kecemerlangannya bukan panggil Syed Saddiq. Idris Jusoh tidak boleh terlalu percaya sangat kepada SUA yang merupakan rakan baik pada Syed Saddiq itu. Tengok muka pun sudah hampir sama. 

Panggil Adnan Zikri ini, dia lebih bijak dan hebat dari Saddiq

5 tahun lalu nama pelajar cemerlang ini terpapar di surat khabar tempatan apabila menjadi salah seorang penerima biasiswa Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) kerana cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dengan memperolehi 11A+.

Pada waktu tersebut Adnan Zikri Jaafar, bekas pelajar SMK Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan menyatakan hasratnya untuk membuat kajian Islam di Timur dan Barat. Untuk itu, dia mahu melanjutkan pengajian dalam Pengajian Islam dan Arab di Universiti Oxford (sumber artikel : The Vocket)

Kerajaan BN Belanja RM8,900 Setahun Untuk Seorang Murid Di Malaysia


Monday, November 27, 2017

BR1M, Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu


*"Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018"*

Permohonan Baharu / Kemas Kini #BR1M2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah dari _*27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.*_

Laman BR1M : https://ebr1m.hasil.gov.my

Sunday, November 26, 2017

Inilah Reaksi Sebenar Mahathir Tentang Anwar Ibrahim


1) Mengapa Tun Mahathir asyik mengelak bila ditanya soal Anwar Ibrahim? 

2) Tidak pernah sekali Tun Mahathir menjawab secara "accurate" dan jelas soalan yang ditanya. 

3) Dalam program pada 7 April 2017 lagi sebelum program di Nothing to Hide 2 di Shah Alam pada 13 Ogos 2017 dan Forum bersama anak muda pada 21 November, Tun Mahathir sudah serlahkan sikapnya terhadap Anwar. 

4) Reaksi spontan Tun Mahathir gambarkan sikap sebenar Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. 

5) Kesimpulannya, pakatan pembangkang sekarang adalah pakatan yang tidak ikhlas. Mereka bila bila masa sahaja boleh bergaduh sesama sendiri. 

Friday, November 24, 2017

Wednesday, November 22, 2017

21 Orang Pekerja Disediakan, Zalim Lagikah Datuk Seri Najib?


Orang Luar Hendak Datang Tinggal Di Malaysia

Orang di negara luar hendak datang tinggal di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit pencen mereka di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit mereka melancong dan membeli belah di Malaysia.

Ada juga yang sanggup naik bot dan tongkang beribu batu jauhnya kerana hendak mencari perlindungan dan rezeki di Malaysia. Ada yang sanggup jual tanah dan gadai harta benda semata mata hendak cari wang belanja datang ke Malaysia.

Ada pelabur sanggup habiskan berbillion dollar melabur di Malaysia. Di negara yang sedang berperang, rakyatnya mahu datang ke negara kita. Jadi peminta sedekah pun tidak mengapa di Malaysia.

Orang Jepun dan Korea memilih Malaysia sebagai destinasi mereka bila sudah berpencen. Ada yang suka habiskan wang untuk menikmati kemudahan kesihatan di Malaysia.

Namun rakyat Malaysia sendiri ada yang suka sabotaj negara sendiri. Cakap negara ini hendak bankrup dan bermacam macam lagi. Orang luar berpusu pusu mahu datang ke Malaysia, orang Malaysia pula ada yang mengutuk negara sendiri.

Tuesday, November 21, 2017

RM86 Billion Kerajaan Beri Subsidi Kepada Rakyat


Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.

Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.

Sunday, November 19, 2017

Thursday, November 16, 2017

Tuesday, November 14, 2017